https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggeov-wwdilDFARSxAqwGBHWXFly1VntN9f7d45uTY8n1uC8mFpqWBnoMBV97C3QSUIdd9u-Rw4Qk1B7VH651lTR3f0JMt7VQi1ZP3K5GIJ-qYNt5S8pyEvJj54pstc7sPU2Np1vvQHbTx/s320/promosi.jpg
LINK BANNER

KISAH NABI SYU'AIB A.S


Kaum Madyam, kaumnya Nabi Syu'aib, adalah segolongan bangsa Arab yang
tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam. Mereka
terdiri dari orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa. Mereka
menyembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi
beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka sudah
sangat jauh dari ajaran agama dan Pelajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu'aib
a.s.
Banyak orang di zaman kita beranggapan bahawa agama hanya merupakan
program-program yang kosong dan nilai-nilai akhlak semata. Ini adalah
keyakinan klasik dan salah. Pada hakikatnya, agama adalah sistem dalam
kehidupan dan pergaulan.
 Intinya ialah hubungan dengan Allah s.w.t. Oleh
Karena itu, usaha memisahkan antara masalah-masalah tauhid dan perilaku
manusia dalam kehidupan mereka sehari-hari bererti memisahkan agama dari
kehidupan dan mengubahnya menjadi adat- istiadat, tradisi-tradisi, dan
acara-acara ritual yang hampa. Kisah Nabi Syu'aib menampakkan hal yang
demikian secara jelas.
Allah s.w.t mengutus Syu'aib pada penduduk Madyan:
"Dan kepada (penduduk) Madyan (kami utus) saudara mereka, Syu 'ib. Ia
berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu
selain Dia.'" (QS. Hud: 84)
Ini adalah dakwah yang sama yang diserukan oleh setiap nabi. Dalam hal ini
tidak ada perbezaan antara satu nabi dan nabi yang lain. Ia merupakan dasar
akidah dan tanpa dasar ini mustahil suatu bangunan akan berdiri. Setelah
peletakan bangunan tersebut, Syu'aib mulai menyuarakan dakwahnya:
"Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan. Sesungguhnya aku
melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku
khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat)." (QS.
Hud: 84)
Setelah menjelaskan masalah tauhid secara langsung, Nabi Syu'aib berpindah
pada masalah muamalah sehari-hari yang berkenaan dengan kejujuran dan
keadilan. Adalah hal yang terkenal pada penduduk Madyan bahawa mereka
mengurangi timbangan dan mereka tidak memberikan hak-hak manusia. Ini
adalah suatu kehinaan yang menyentuh kesucian hati dan tangan sebagaimana
menyentuh kesempurnaan harga diri dan kemuliaan.
Para penduduk Madyan beranggapan bahawa mengurangi timbangan adalah
salah satu bentuk kelihaian dan kepandaian dalam jual-beli serta bentuk
kelicikan dalam mengambil dan membeli. Kemudian nabi mereka datang dan
mengingatkan bahawa hal tersebut merupakan hal yang hina dan termasuk
pencurian. Nabi Syu'aib memberitahukan kepada mereka bahawa beliau
khawatir jika mereka meneruskan perbuatan keji itu nescaya akan turun
kepada mereka azab di mana manusia tidak akan dapat menghindar dari
seksaan itu. Perhatikanlah bagaimana campur tangan Islam melalui Nabi Syu'aib
yang diutus kepada manusia di mana ia memperhatikan persoalan jual-beli dan
mengawasinya:
"Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan
janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah
kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan." (QS.
Hud: 85)
Nabi Syu'aib meneruskan misi dakwahnya. Beliau mengulang-ulangi nasihatnya
kepada mereka dengan cara yang baik dan mengajak ke jalan yang baik, tidak
ke jalan yang buruk; beliau menghimbau kepada mereka untuk menegakkan
timbangan dengan keadilan dan kebenaran dan mengingatkan mereka agar
jangan merampas hak-hak orang lain. Merampas hak-hak orang lain itu tidak
terbatas pada jual-beli saja, namun juga berhubungan dengan
perbuatan-perbuatan lainnya; beliau memerintahkan mereka untuk
menegakkan timbangan keadilan dan kejujuran. Demikianlah seruan dari
agama tauhid dan akidah tauhid di mana ia selalu menyuarakan kejujuran dan
keadilan.
Agama selalu memerintahkan manusia untuk menjalin kerjasama sesama
mereka dalam kehidupan sehari-hari dengan cara-cara yang bijaksana dan
baik, baik menyangkut hubungan kerja, hubungan peribadi mahupun hubungan
lainnya. Al-Quran al-Karim mengatakan: "Dan janganlah kamu merugikan
manusia terhadap hak-hak mereka. "Dan kata as-Syai' (sesuatu) dalam ayat
tersebut diucapkan kepada hal-hal yang bersifat materi dan yang bersifat
non-materi (rohani) di mana masuk dalam kategori itu perbuatan-perbuatan
dan hubungan-hubungan yang menghasilkan.
Al-Quran melarang segala bentuk kezaliman, baik kezaliman berkenaan dengan menimbang buah-buahan atausayur- sayuran mahupun kezaliman dalam bentuk tidak memberikan
penghargaan terhadap usaha manusia dan pekerjaan mereka.
 Sebab, kelaliman terhadap manusia akan menciptakan suasana ketidakharmonisan yang
berakibat pada timbulnya penderitaan, sikap putus asa, dan sikap tidak peduli,
sehingga pada akhirnya hubungan sesama manusia berjalan tidak harmonis dan
menimbulkan kegoncangan dalam kehidupan. Oleh Karena itu, Al-Quran
mengingatkan agar jangan sampai ada manusia yang berbuat kerosakan di
muka bumi:
"Dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat
kerosakan. Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu
orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu."
(QS. Hud: 85-86)
Yang di maksud al-'Atsu ialah sengaja membuat kerosakan dan bertujuan untuk
membuat kerosakan. Janganlah kalian membuat kerosakan di muka bumi;
janganlah kalian sengaja untuk menciptakan keonaran di muka bumi. Apa yang
ada di sisi Allah s.w.t adalah hal yang terbaik buat kalian jika kalian
benar-benar beriman. Kemudian Nabi Syu'aib memberitahu kepada mereka
bahawa ia tidak memiliki sesuatu kepada mereka; ia tidak dapat menguasai
mereka tidak juga ia selalu mengawasi mereka. Beliau hanya sekadar seorang
rasul atau utusan untuk menyampaikan ajaran Tuhannya:
"Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu. " (QS. Hud: 86)
Dengan cara yang demikian, Nabi Syu'aib menjelaskan kaumnya bahawa
masalah yang mereka hadapi saat ini sangat penting dan sangat serius, bahkan
sangat berat. Beliau memberitahu mereka akibat yang bakal mereka terima
jika mereka membuat kerosakan. Selesailah bahagian pertama dari dialog Nabi
Syu'aib bersama kaumnya. Nabi Syu'aib telah mengawali pembicaraan dan
kaumnya mendengarkan. Kemudian beliau berhenti dari pembicaraannya dan
sekarang kaum membuka pembicaraan:
"Mereka berkata: 'Hai Syu'aib, apakah agamamu yang menyuruh agar kami
meninggalkan apa yang disembah oleh bapak-bapak kami atau melarang dan
berbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu
adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal " (QS. Hud: 87)
Para penduduk Madyan yang kafir mereka biasa merampok dan menyembah
al-Aikah, yaitu pohon dari al-Aik yang dikelilingi oleh dahan- dahan yang
berputar di sekelilingnya. Mereka termasuk orang-orang yang menjalin
hubungan sesama manusia dengan cara-cara yang sangat keji.
Mereka suka mengurangi timbangan; mereka mengambil yang lebih darinya dan tidak
menghiraukan kekurangannya. Perhatikanlah semua itu dalam dialog mereka
bersama Syu'aib. Mereka berkata, "wahai Syu'aib apakah agamamu yang
memerintahkanmu...?" Seakan-akan agama ini mendorong Syu'aib dan
membisikinya serta memerintahnya sehingga ia mentaati tanpa pertimbangan
dan pemikiran. Sungguh Syu'aib telah berubah dengan agamanya itu menjadi
alat yang bergerak dan alat yang tidak sedar. Demikianlah celaan dan tuduhan
keji yang dialamatkan oleh kaum Nabi Syu'aib kepadanya.
 Agama Syu'aib telahmembuatnya gila dan membuatnya nekad untuk memerintahkan mereka
meninggalkan apa yang selama ini mereka sembah dan disembah oleh
kakek-kakek mereka. Kakek-kakek mereka telah menyembah
tumbuh-tumbuhan dan pohon- pohonan sementara agama Syu'aib
memerintahkan mereka untuk hanya menyembah Allah s.w.t. Kenekatan model
apa dari Syu'aib ini?
Dengan ejekan dan penghinaan ini, Nabi Syu'aib menghadapi dialog yang terjadi
dengan mereka. Kemudian mereka kembali bertanya-tanya dengan penuh
keheranan dan dengan nada mengejek: "Apakah agamamu yang menyuruh agar
kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapak- bapak kami." Tidakkah
engkau sedar wahai Syu'aib bahawa agamamu ingin mencampuri keinginan kita
dan cara kita menggunakan harta kita? Apakah hubungan keimanan dan salat
dengan muamalah materi?
Dengan pertanyaan ini, kaum Nabi Syu'aib mengira bahawa mereka mencapai
suatu tingkat kecerdasan. Mereka mengemukakan di hadapannya masalah
keimanan, dan mereka mengingkari adanya keterkaitan antara perilaku
manusia dan muamalah mereka serta perekonomian mereka.
Ini adalah masalah yang klasik; ini adalah usaha untuk memisahkan antara ekonomi dan
Islam di mana setiap nabi justru di utus untuknya meskipun nama-nama
mereka berbeza-beza; ini adalah masalah kuno yang diungkap oleh kaum Nabi
Syu'aib di mana mereka mengingkari bahawa agama turut campur dalam
kehidupan sehari-hari mereka, perekonomian mereka dan cara mereka
menggunakan harta mereka.
Mereka menganggap bahawa menginfakkan harta
atau menggunakannya atau menghambur-hamburkannya adalah suatu yang
tidak berhubungan dengan agama. Hal itu menyangkut kebebasan peribadi
manusia. Bukankah itu hartanya yang khusus lalu mengapa agama turut campur
di dalamnya?
Demikianlah pemahaman kaum Nabi Syu'aib kepada Islam yang dibawa oleh
Nabi Syu'aib. Kami kira pemahaman demikian sedikit atau banyak tidak berbeza
dengan pemahaman banyak masyarakat di zaman kita sekarang mereka
menganggap bahawasanya Islam tidak memiliki kaitan dengan kehidupan
peribadi manusia dan kehidupan perekonomian mereka.
Oleh Karena itu, manusia dapat menggunakan harta mereka sesuai dengan kemahuan mereka:
"Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal."
Mereka ingin mengatakan kepada Nabi Syu'aib, seandainya engkau seorang yang
bijaksana dan memiliki pemikiran yang matang nescaya engkau tidak akan
mengatakan apa yang telah engkau katakan.
Mereka kembali mengejek Nabi Syu'aib dan merendahkan dakwahnya. Seandainya Anda bertanya kepada kaum Nabi Syu'aib tentang pemahaman agama mereka maka mereka pasti
mengingkari bahawa agama adalah sebagai sistem dalam kehidupan yang
menjadikan hidup lebih mulia, lebih suci, lebih adil dan lebih pantas manusia
untuk menjabat sebagai khalifatullah di muka bumi; seandainya Anda bertanya
kepada mereka tentang agama nescaya mereka memberitahumu bahawa ia
hanya berupa kumpulan nilai-nilai rohani yang baik yang tidak mewarnai
kehidupan sehari-hari.
Dengan pemahaman seperti ini, agama hanya sekadar
hiasan. Ini adalah pemahaman yang menggelikan Karena Allah s.w.t mengutus
para nabi dan ajaran-ajaran yang mereka bawa bukan untuk perhiasan dan
main- mainan.
Maha Suci Allah s.w.t dari semua itu. Allah s.w.t mengutus para nabi-Nya
dengan membawa sistem baru dalam kehidupan, yaitu sistem yang mencakup
nilai-nilai dan pemikiran-pemikiran yang itu semua tidak akan bermakna jika
tidak berubah menjadi suatu sistem dalam kehidupan secara umum dan
mengatur kehidupan secara khusus. Dengan pemahaman seperti inilah agama
menjadi mulai dan agama menjadi benar adanya.
Dan dengan asumsi seperti ini, kita memahami seberapa jauh campur tangan agama dalam
persoalan-persoalan kehidupan sehari- hari: dimulai dari hubungan-hubungan
cinta sampai undang-undang perkahwinan, bahkan cara mengambil keputusan
hidup sampai sistem dalam menginfakkan wang dan menggunakannya, juga
sistem dalam cara menggunakan dan mengagihkan kekayaan dan sebagainya.
Jika manusia memahami agama seperti ini maka jadilah agama sesuatu
kebenaran. Dan kalau tidak, agama laksana puing-puing saja.
Nabi Syu'aib mengetahui bahawa kaumnya mengejeknya Karena mereka
menganggap agama tidak turut campur dalam kehidupan sehari-hari. Namun,
beliau menghadapi semua itu dengan penuh kelembutan dan kasih sayang
Karena beliau yakin apa yang beliau bawa adalah kebenaran.
Beliau tidak peduli dengan ejekan mereka dan tidak tersinggung dengannya dan tidak
mempersoalkan hal itu; beliau memberi pengertian kepada mereka bahawa
beliau berada di atas kebenaran dari Tuhannya; beliau adalah seorang nabi
yang mengetahui kebenaran; beliau tidak melarang mereka untuk
meninggalkan sesuatu yang di balik larangan itu mendatangkan keuntungan
peribadi buatnya; beliau tidak ingin menasihati mereka dalam kejujuran agar
pasar menjadi sepi dan Karenanya beliau mengambil manfaat; beliau hanya
sekadar seorang nabi di mana dakwah setiap nabi tergambar dalam ungkapan
yang singkat:
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih
berkesanggupan. " (QS. Hud: 88)
Yang beliau inginkan hanya al-Islah (usaha membuat perbaikan). Demikianlah
kandungan dan inti dakwah para nabi yang sebenarnya. Mereka adalah
al-Muslihun, yaitu orang-orang yang membuat perbaikan; mereka memperbaiki
akal, memperbaiki hati dan memperbaiki kehidupan yang umum dan kehidupan
yang khusus:
"Syu'aib berkata: 'Hai kaumku, bagaimana fikiranku jika aku mempunyai
bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku dari-Nya rezeki
yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak
berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang.
Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih
berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan
(pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah bertawakal dan hanya
kepada-Nya-lah
aku kembali.'" (QS. Hud: 88)
Setelah Nabi Syu'aib menjelaskan tujuan-tujuannya kepada mereka dan
menyingkapkan kebenaran dakwahnya, beliau mulai mengotak-atik akal- akal
mereka; beliau mengungkapkan kepada mereka bagaimana pergelutan
orang-orang sebelum mereka dengan para nabi sebelumnya, yaitu kaum Nabi
Nuh, kaum Nabi Hud, kaum Nabi Saleh, dan kaum Nabi Luth yang masa mereka
tidak jauh dengan masa Nabi Syu'aib. Beliau mulai berdialog dengan mereka
dan mengingatkan mereka bahawa sikap penentangan mereka justru akan
mendatangkan seksaan bagi mereka. Nabi Syu'aib mengingatkan mereka
bagaimana nasib orang-orang yang mendustakan kebenaran:
"Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu)
menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang
menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh, sedang kaum Luth
tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu. Dan mohonlah ampun dari
Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada- Nya,sesungguhnya Tuhanku Maha
Penyayang lagi Maha Pengasih. " (QS. Hud: 89-90)
Usai Nabi Syu'aib berdakwah kepada Allah s.w.t dan menjelaskan al-ishlah
(usaha memperbaiki masyarakat) dan mengingatkan mereka bahaya
penentangan serta menakut-nakuti mereka dengan menceritakan kembali
seksaan yang diterima orang-orang yang berbohong sebelum mereka. Meskipun
demikian, Nabi Syu'aib tetap membukakan pintu pengampunan dan pintu taubat
bagi mereka. Beliau menunjukkan kepada mereka kasih sayang Tuhannya Yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Namun kaum Nabi Syu'aib memilih azab.
Kekerasan hati mereka dan keinginan mereka untuk mendapatkan harta yang
haram serta rasa puas dengan sistem yang mengatur mereka, semua itu
menyebabkan mereka menolak kebenaran:
"Mereka berkata: 'Hai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang
kamu katakan itu.'" (QS. Hud: 91)
Kami tidak memahamimu. Engkau adalah seorang yang mengacau; engkau
mengatakan sesuatu yang tidak dimengerti:
"Dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di
antara kami." (QS. Hud: 91)
Beliau dikatakan sebagai orang yang lemah Karena orang-orang fakir dan
orang-orang yang menderita adalah orang-orang yang beriman padanya,
sedangkan orang-orang kaya dan para pembesar telah menentang mereka.
Demikianlah pertimbangan umumnya manusia yang tidak memiliki kekuatan
cukup untuk menghadapi kebenaran dakwah Nabi Syu'aib di mana beliau
dianggap sebagai orang yang lemah:
"Kalau tidaklah Karena keluargamu tentulah kami akan merejammu."(QS.
Hud: 91)
Seandainya kalau bukan Karena keluargamu dan kaummu dan orang-orang yang
mengikutimu nescaya kami akan menggali suatu lubang dan kami akan bunuh
kamu di lubang itu dengan cara melempari kamu dengan batu:
"Sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami." (QS. Hud:
92)
Kaum Nabi Syu'aib berpindah dari cara mengejek pada cara menyerang. Nabi
Syu'aib telah menyampaikan bukti kepada mereka setelah mereka
mengejeknya, lalu mereka mengubah cara mereka berdialog. Mereka
memberitahunya bahawa mereka tidak memahami apa yang beliau katakan
dan mereka melihat bahawa Nabi Syu'aib sebagai orang yang lemah dan hina.
Dan seandainya kalau bukan Karena mereka takut (kasihan)
kepada keluarganya nescaya mereka akan membunuhnya. Mereka
menampakkan kebencian kepada Nabi Syu'aib dan ingin sekali untuk
membunuhnya kalau bukan Karena alasan-alasan yang berhubungan dengan
keluarganya. Menghadapi ancaman itu, Nabi Syu'aib tetap menunjukkan sikap
lembutnya lalu beliau bertanya kepada mereka dengan maksud untuk
menggugah ke sekian kalinya akal mereka:
"Syu'aib menjawab: 'Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat
menurut pandanganmu daripada Allah. " (QS. Hud: 92)
Apakah cukup rasional jika mereka membayangkan hal tersebut? Mereka
melupakan hakikat kekuatan yang mengatur alam. Sesungguhnya hanya Allah
s.w.t Yang Maha Mulia dan Maha Kuat. Seharusnya mereka mengingat hal itu;
seharusnya seseorang tidak takut kepada apapun selain Allah s.w.t dan tidak
membandingkan kekuatan di alam wujud ini dengan kekuatan Allah s.w.t.
Hanya Allah s.w.t Yang Kuat dan hanya Dia yang mengatur hamba-hamba-Nya.
Tampak bahawa kaum Nabi Syu'aib mulai kesal dan semakin kesal dengannya,
lalu berkumpullah para pembesar kaumnya:
"Pemuka-pemuka dari kaum Syu'ib yang menyombongkan diri berkata:
'Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu'aib dan dengan orang-orang
yang beriman bersamamu dari kota kami, kecuali kamu kembali kepada
agama kami.'" (QS. al-A'raf: 88)
Mereka menggunakan tahap baru dengan cara mengancam Nabi Syu'aib; mereka
mengancamnya untuk membunuh dan mengusir dari desa mereka; mereka
memberi pilihan kepada Nabi Syu'aib antara terusir dan kembali kepada agama
mereka yang menyembah pohon-pohon dan benda-benda mati. Nabi Syu'aib
memberitahu kepada mereka bahawa masalah kembalinya ia ke agama mereka
adalah masalah yang tidak berhubungan dengan masalah-masalah yang
disebutkan dalam perjanjian. Sungguh Allah s.w.t telah menyelamatkan beliau
dari agama mereka lalu bagaimana beliau kembali lagi padanya? Beliau yang
mengajak mereka pada agama tauhid lalu bagaimana beliau mengajak mereka
untuk kembali pada kesyirikan dan kekufuran? Beliau mengajak mereka dengan
cara yang lembut dan kasih sayang sementara mereka
mengancamnya dengan kekuatan.
Demikianlah pertentangan antara Nabi Syu'aib dan kaumnya semakin
berlanjutan. Nabi Syu'aib memegang amanat dakwah untuk menghadapi para
pembesar, para pendusta, dan para penguasa kaumnya. Akhirnya, Nabi Syu'aib
mulai mengetahui bahawa mereka tidak lagi memiliki harapan Karena mereka
telah berpaling dari Allah s.w.t:
"Sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu?
Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan. Dan
(dia berkata): 'Hai kaumku, berbuatlah menurut kemampuanmu,
sesungguhnya aku pun berbuat (pula). Kelak kamu akan mengetahui siapa
yang akan ditimpa azab yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan
tunggulah azab (Tuhan). Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu."
(QS. Hud: 92-93)
Nabi Syu'aib berlepas diri dari mereka. Mereka telah berpaling dari agama Allah
s.w.t bahkan telah mendustakan nabi-Nya dan menuduhnya bahawa ia tersihir
dan seorang pembohong. Maka, setiap orang hendaklah melakukan apa saja
yang diinginkannya dan hendaklah mereka menunggu azab Allah s.w.t.
Kemudian pergelutan antara Nabi Syu'aib dan kaumnya berakhir adanya fasa
baru. Mereka meminta kepada Nabi Syu'aib untuk mendatangkan azab dari
langit jika beliau termasuk orang-orang yang benar. Dengan nada mencabar
dan menentang, mereka berkata: "di mana azab itu, di mana seksaan yang
dijanjikan itu? Mengapa terlambat datang?"
Mereka mengejek Nabi Syu'aib dan beliau dengan tenang menunggu datangnya
azab Allah s.w.t. Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau agar keluar bersama
orang-orang mukmin dari desa tersebut. Akhirnya, Nabi Syu'aib keluar bersama
para pengikutnya dan datanglah azab Allah s.w.t:
"Dan tatkala datang azab Kami. Kami selamatkan Syu'aib dan orang- orang
yang beriman bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari kami, dan
orang-orang lalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah
mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum
pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk Madyan
sebagaimana kaum Tsamud telah binasa." (QS. Hud: 94-95)
Ia adalah teriakan sekali saja satu suara yang datang kepada mereka dari
celah-celah awan yang menyelimuti. Mula-mula mereka barangkali bergembira
Karena membayangkan itu akan membawa hujan tetapi mereka dikejutkan
ketika datang kepada mereka seksaan yang besar pada hari yang besar.
Selesailah masalah ini. Mereka menyedari bahawa teriakan itu membawa
bencana buat mereka; teriakan itu menghanguskan setiap makhluk yang ada di
dalam negeri itu. Mereka tidak mampu bergerak dan tidak mampu
menyembunyikan diri dan tidak pula mereka dapat menyelamatkan diri
mereka

Previous
Next Post »

terima kasih telah berkunjung ke Blog saya, silahkan berkomentar dengan sopam...!!! ConversionConversion EmoticonEmoticon